Posts

Bunga Air Mata Pengantin (AMP) adalah Makanan Paling Berkhasiat untuk Lebah Kelulut

Image
Lebah Kelulut sangat menggemari nektar dari bunga Air Mata Pengantin. Para penternak Kelulut perlu mengetahui jenis pokok atau bunga yang perlu ditanam untuk memastikan kelulut mempunyai sumber makanan yang berterusan sepanjang tahun.  Pokok atau bunga ni perlu ditanam berdekatan dengan koloni Kelulut. Jarak antara makanan untuk Kelulut dengan koloni mestilah tidak terlalu jauh agar Kelulut senang membawa pulang nektar dari bunga-bungaan. Jika jarak penghantaran jauh, Kelulut mungkin akan memakan sebahagian besar nektar tersebut kerana ingin mendapat tenaga sebelum melaksanakan tugasnya sebagai penghantar makanan kepada permaisuri koloni. Pokok Air Mata Pengantin atau AMP memastikan bekalan nektar dan pollen untuk koloni sentiasa ada. Pokok ini adalah jenis pokok yang menjalar dan sokongan kayu atau para perlu disediakan. AMP sangat memerlukan cahaya yang  cukup untuk pertumbuhan bunga yang banyak dan sihat. Jika ditanam di bawah teduhan pokok, ia akan kurang ...

Pertanian adalah Satu Perniagaan

Blog ini adalah bertujuan menjadi tempat untuk mengongsi apa-apa informasi yang berguna tentang pertanian. Admin blog adalah seorang peniaga kecil-kecilan yang berasal dari Kg. Konolosidon, Ulu Kimanis, Papar, yang mula berjinak-jinak dengan dunia pertanian sejak beberapa tahun yang lalu. Beliau seorang yang amat meminati tentang herba-herba samada herba tempatan atau herba dari seberang laut. Penanaman herba mampu untuk dijadikan perubatan alternatif selain perubatan kaedah moden, tetapi mestilah mengikut sukatan-sukatan atau nasihat dari para pengkaji. Pertanian adalah satu perniagaan yang amat menguntungkan jika ianya dilakukan secara teratur dan petani mendapat bimbingan yang sewajarnya dari pusat-pusat pertanian samada melalui kerajaan ataupun swasta. Maka admin pun berbesar hati untuk menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan pertanian ini sebagai salah satu perniagaan yang diceburinya. Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Semoga dimurahkan rezeki kepada semua yang i...