Bunga Air Mata Pengantin (AMP) adalah Makanan Paling Berkhasiat untuk Lebah Kelulut

Lebah Kelulut sangat menggemari nektar dari bunga Air Mata Pengantin. Para penternak Kelulut perlu mengetahui jenis pokok atau bunga yang perlu ditanam untuk memastikan kelulut mempunyai sumber makanan yang berterusan sepanjang tahun. 

Pokok atau bunga ni perlu ditanam berdekatan dengan koloni Kelulut. Jarak antara makanan untuk Kelulut dengan koloni mestilah tidak terlalu jauh agar Kelulut senang membawa pulang nektar dari bunga-bungaan. Jika jarak penghantaran jauh, Kelulut mungkin akan memakan sebahagian besar nektar tersebut kerana ingin mendapat tenaga sebelum melaksanakan tugasnya sebagai penghantar makanan kepada permaisuri koloni.
Pokok Air Mata Pengantin atau AMP memastikan bekalan nektar dan pollen untuk koloni sentiasa ada. Pokok ini adalah jenis pokok yang menjalar dan sokongan kayu atau para perlu disediakan. AMP sangat memerlukan cahaya yang  cukup untuk pertumbuhan bunga yang banyak dan sihat. Jika ditanam di bawah teduhan pokok, ia akan kurang berbunga sebaliknya akan berdaun lebat. Maka, ia akan menjadi pokok yang hanya berdaun, tiada atau kurang bunga.

Bunga Air Mata Pengantin untuk dijual

Bunga AMP dijual RM10.00 Sepokok

Bibit Bunga Air Mata Pengantin

Kami ada menjual bibit Pokok AMP. Harga RM10.00 sepokok. SMS/ Whatsapp 019-8624980.

Comments

Popular posts from this blog

Pertanian adalah Satu Perniagaan